Assalamualaikum,
Now, I want to update about my gigi lah. For sure, see the post title lah. Hikhikhik
Sebenarnya nak update lama dah cuma nak cari kesempatan masa yang cemburu ni payah sikit. Padahal salah sendiri nak salahkan masa la pulak. Dey, tepuk dahi lah.
Baiklah tak payah nak mengarut lagi. Alasan dah basi, semua orang pun dah tahu la.
Bismillah,
Pada hari kejadian masa appointment, macam biasalah janji pukul berapa masuk jumpa doktor pun puku berapa entah.
Masuk terus duduk. Doktor said "Hi", me said "Hi". Then, nganga mulut, check semua gigi, tukar wire, tukar getah (yang tukar semua hanyalah di gigi barisan bawah sahaja).
Dah habis tu, doktor telah meletakkan tambahan getah di gigi ku sambil menyuruh ke pegang sebuah cermin sambil doktor tunjuk nak pakai getah tu macam mana.
Getah tersebut di beri nama Rubber Bear. Getah dia kecil comel jer, nama pun Bear kan. Hahaha
See, nama di pack dia pun 'Bear' kan. Sebab itu la nama dia 'Rubber Bear'.
Ini lah rupa nya apabila dipegang dengan tangan kecil dan comel je kan.
Apabila dipakai di gigi kanan dan kiri. Dari atas sangkut bawah, dari bawah sangkut atas.
Apabila dalam keadaan ternganga. (jangan tiru aksi ini semasa membaca yer) haha
Gambar ni saja. Kbai
Fungsi 'Rubber Bear' bak kata doktor la, untuk tarik jaw/rahang atas bawah dan selari. Hmm, lebih kurang macam tu la doktor tu bagi tahu.
Doktor pesan, "kena selalu pakai bila nak makan baru cabut dan dah habis makan pakai balik."
Bunyi dia macam leceh kan. Hahaha. Awal-awal tu agak la leceh nya. Sebab dah kalau duduk rumah ni rasa anytime jer nak makan masuk apa-apa ngap kan. Kadang-kadang jadi malas nak makan pun ada tapi kalau dah makanan feberet mana nak elak kan. Hihihi.
Fakta menarik yang ingin dikongsi adalah (fakta lah sangat kan) bila pakai getah ni mesti semua orang nampak macam gigi taring padahal tak pun. Ngehngeh
Dan perkara menarik yang ingin dikongsi lagi adalah, bila dah cabut getah tu mesti la nak letak di sesuatu tempat kan. Disebabkan takut sangat hilang atau tercicir, letak la dekat tempat yang orang tak akan usik tempat tu tapi yang musykil nya most of the time tempat yang nak letak getah tu mesti ada orang usik.
So, untuk nak elak tu aku letak la tempat yang kontra kan warna getah tu dengan warna tempat tu walaupun seeloknya sediakan lah bekas khas ke apa kan baru la tak ada orang usik. Tapi disebab kan diri ini terlampau gembel fikir getah tu ada banyak hilang pun tak apa. Hahaha
Disebabkan nak bajet-bajet getah tu cukup sampai next appointment dan kebarangkalian akan hilang jadi aku tukar bila nak tidur jer.
Baiklah, sampai di sini sahaja nukilan saya pada kali ini.
Wassalam n Kbai =)