Assalamualaikum,
Bila baca senyum-senyum.
Alright peeps, FYI sebelum ni aku tak pernah la nak cerita pasal roomates sendiri. So, buat pertama kalinya aku nak cerita pasal roomates kuh semasa aku semester 3 ni.
Kami satu bilik tinggal 4 orang. Tapi untuk dijadikan cerita menarik seorang roomate ni kita orang kelas kan dia sebagai "Biskut" sebab dia kejap ada kejap tak ada. Sama la macam biskut kan. Nama dia Siti Hajar Madeena. Sedap kan nama dia. Huhu. Disebabkan dia tak ada selalu so tak ada lah gambar dia nak letak kat sini. Dia selalu tak ada sebab selalu balik rumah dia yang sangat dekat dari u iaitu dalam Melaka jer.
Cukup lah untuk roomate seorang yang "Biskut" ni. Sekarang diperkenalkan roomates kuh yang lain iaitu:
Nur Eimie Nadia & Wan Nur Ameera
Mereka berdua ni bagaikan kembar. Tengok sajalah pada cermin mata mereka berdua pun nak sama dah.
Itu lah yang selalu digelarkan kepada mereka. Dah lah satu bilik satu kelas lagi pula tu. Mana la orang tak kata kembar. Nak pergi mana mesti ada dua-dua tapi ada juga kadang-kadang tak berdua.
Gambar-gambar dalam entry ni masa kami semua pergi berjimba-jimbo ke Melaka Wonderland atas ehsan daripada Kak Meera. Ngehngeh
Inilah dia kami bertiga "The Roomies".
Seorang bagaikan Kak Yong, seorang bagaikan Adik & seorang lagi bagaikan Kak Ngah.
Semua nya satu kepala walaupun awal-awal dulu sangat lah terasa janggal dalam satu bilik tapi akhirnya telah terjalin satu ikatan ukhwah antara kami seperti adik-beradik.
Banyak sangat memori manis, pahit, masam, masin antara kami. Makan sama-sama, tidur sama-sama (kata 1 bilik memang la tidur sama) hahaha, tolong buat kan air milo, tengok movie sama-sama, study sama-sama, melalak sama-sama & dll. Banyak sangat story nya.
Apapun thanx for everything that we had shared together. Will miss both of them. Good Luck for both of them Dunia dan Akhirat.
Wassalam, KBAI =)
aww :') miss you !
ReplyDeleteHuHu. miss u more :').
Delete