Wednesday, 26 February 2014

Gigi Besi/ Braces #10

Assalamualaikum...

Hooolaa.. Okay entry kali sememangnye tade kaitan dengan braces dah tapi kaitan dia ade la jugak sikit sebab ianya adalah lanjutan selepas pemakai braces iaitu RETAINER

Selepas tanggal braces memang selalunya akan pakai braces. Ini untuk kebaikan gigi tu jugak supaya kekal di kedudukan gigi selepas tanggal braces. Sbb selalunya possibility untuk gigi tu gerak balik ada. Yelah biasanya nanti mesti makan la berus gigi la cakap la ketawa besar gigit plastik guna gigi la dan sewaktunya yang common orang buat apa yang ada kaitan dengan gigi lah kan. So baiklah pakai RETAINER

Dah nama pun RETAINER so of course lah fungsi untuk RETAIN position gigi anda anda dan anda.

Lets follow up lah what kind/type Retainer yang aku pakai sekarang ni dengan kita close-up dengan gambar lah macam biasa. Nak cerita lebih pun tak tau sangat material apa yang digunakan. Check-it-out yawww !

Ini la ghupenye. Yang macam plastik tu je bukan dengan rahang gigi tu semua sekali k.


Ini bahagian gigi bawah punya.


So tadi bawah punya ni bahagian atas gigi lah.



Inilah rupa bila dah pakai. Ngee


First time memang rasa payahnye la nak cakap. Sebab ada something kat gigi tu. Bila cakap habis semua pelat suara macam gedik-gedik manja pelat gitu. Tapi kejap je macam tu lama-lama biasa dah. Boleh cover time cakap bila pakai retainer ni la. Tapi yang pasti air liur memang sentiasalah senang terkumpul dalam retainer in between gigi tu.

Cara pemakaian dan penjagaan: 

1) Sebelum pakai tu kasi berus itu gigi dulu la biar mulut and gigi bersih tade ape-ape yang terselit. Motif nye
    semestinya bagi menjaga kebersihan gigi tade la gigi bau nanti kan bila cakap dengan orang kan.

2) Bila nak makan kasi cabut itu retainer. Bilas itu retainer kasi simpa dalam case khas dye tu lah. Tade lah 
    nanti bersepah ke hilang ke ada orang lain pakai ke main ke kan.

3) Dah habis makan bersih mulut semua pakai balik. 

4) Lagi bagus asalkan bila mulut tu tak menguyah pakai je la di mana-mana pun and especially time tidur.

5) Jaga retainer ni macam jaga gigi kita jugak mesti kasi berus jugak dengan ubat gigi bila nanti nak pakai 
    balik rasa fresh je mulut and retainer tu tak hado lah bau kan.

6) Nak pakai time keluar jalan-jalan pun boleh je. Bila nak makan kat luar cabut and simpan dalam case.

7) Sentiasa bawak and simpan dalam case dia tak kira mana-mana anda berada sebab senang nak jalan
     travel sana sini boleh pakai and tanggalkan bila-bila tanpa rasa ragu-ragu retainer tu nak patah ke ape 
     kan.

8) Kalau ikut je buat macam kat atas ni no probs came out lah. Jagalah retainer seperti anda menjaga
     sebahagian daripada diri anda. 

9) Hilang ke rosak/patah ke pergilah jumpa doc balik buat yang baru and keluarlah duit for the new one.

10) Sampai bila nak pakai? - pakailah sampai bila-bila pun. Nak pakai, pakailah. Tak nak pakai sudah.
      Pokok dek kau lah(nogori yaw) Hahaha


Sekian dari saya yang melaporkan perkembangan hidupku dan gigiku.




So... yang gigi dah cantik, sememangnya gigi dah cantik or yang gigi bakal cantik tu apalagi murahkan lah senyumanmu tunjuklah gigimu itu. Senyum itukan sedekah. Peringatan diri sendiri dan untuk anda anda dan anda. 

Jumpa lagi next entry. Adios amigos chao chin chao *lelambai :)

   

No comments:

Post a Comment