Wednesday 5 June 2013

1 Months Life !

Assalamualaikum :)

Wahh! Rindunya diari alam maya ku ini. Setelah berbulan lamanya ditinggal.
Duibuqi (maaf) !

Okaylah, disebabkan lebih kurang sebulan lebih ++ tak update. Thats why lah tajuknye pun "1 Months Live"

Sebenarnya nak sangat meng-update ape-ape tapi selalu je ada aral yang melintang menegak mendatar dan sewaktu dengannya. Sepatutnya cuti sem 2 bulan ni boleh la nak meng-update tapi ape la yang kau sibukkan sangat jahh oii. (bunyi makcik-makcik)

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian, saya dengan ini menyatakan yang saya telah berjaya amik Intersesi cuti sem 2 bulan ni. Applause!!

Apakah Intersesi itu? Okaylah, Uitm selalu akan buat Intersesi or bahasa lain dia "short course/sem" and so on. Student boleh amik ape-ape subjek sem seterusnya belajar dalam masa sebulan tapi satu subjek RM200. Selalunya subjek yang ditawarkan  ikut Fakulti masing-masinglah. Macam Fakulti I FSPPP ada tawar beberapa subjek and dengan bangganya Iols amik subjek PAD 380 (Current Affairs of South East Asia) bersama-sama 6 buddies I yang lain. Bayangkan dalam masa sebulan Weols belajar 7 Chapter+1 Quiz+2 Test+1 Major n 2 Minor Presentation/Assignment. Dengar pun lap peluh tak henti-henti punya lah kan. Pheww

Penginapan sama ada nak stay dekat kolej dalam kampus tapi bayar RM100 or duduk luar (sewa rumah luar kampus). Kami semua end up sewa rumah dekat luar sebab beberapa daripada kiteorang memang akan menetap di luar sem akhir nanti. So, jyeah Iols adala jugak experience duduk rumah sewa walaupun sebulan. 

Macam biasa la kalau dah duduk sendiri ni semua nak kena sendiri la kan. Beli barang sendiri (bayar bahagi 7 semuanya) and masak sendiri. Bila barang dekat dapur habis malas nak masak kami pun jalan kaki pergi makan dekat kedai depan. Senang hidup! Padahal duit keluar macam air. Duit adalah dugaan terbesar kami tapi kami semua dapat atasinya dengan jayanya. Eceh, poyos

Yang syoknya lorong rumah kiteorang tu ade la 3-4 buah rumah je yang berpenghuni tapi dengar kiteorang bergelak tawa guling-guling macam penuh je semua rumah dekat lorong tu. Nak buek camno laie dah kalau semuanya sekepala ting tong, bergegar lah rumah tu dibuatnya. Ada masa kiteorang tengok wayang, pergi makan dekat luar sedap-sedap, pergi pantai, ronda-ronda taman naik moto dan macam-macam lagi.

Tapi dalam kemanisan pengalaman kiteorang ni ada jugak pahit masam nya tapi biarlah jadi rahsia, kenangan, pedoman kami 7 buddies ni. Muahaha. Okeyh, dah pueh pot pet pot pet moh la kite layang beberapa ketul gambor yer.

Inilah kami 7 buddies. Pergi mengeteh di D'Bukit pekena cendoi.

Pergi nonton Star Trek midnight yg heronya Handsome. Muahaha
And malam ni jugalah Iols dapat nama baru "Ruby". Curlass gitu. LOLZ

Special Home Made Nasi Ayam on my Birthday.
Thanks a lot. Sayang my Buddies :*

Itu sahaja gambar buat masa ni. Lain gambar next entry pulak. Oopss! Lupa, I'm 20 already on 19 Mei yang lepas. Okay basi. And mungkin juga akan update pasal My 20th Birthday soon. Okay terlebih basi.

Baiklah, sebelum terlebih-lebih cerita basi, sampai di sini saja entry ni. Jumpa next entry Uols. (Lelambai)

KBAI (:


No comments:

Post a Comment