Thursday 12 February 2015

Gigi Besi/ Braces #11

Assalamualaikum..
Hoolaa..

Yezza long time no see you my baby. How are you??
Fuh! Fuh! Fuh! kasi tiup habuk sikit. Uhuk uhuk
Hamek habuk tebal 12 inci. Hahaha

Okay, sambil layan lagu Meghan Trainor kat youtube yang meletups meh la kita kasi update sikit blog ni yuk.

Aik!! awat title post hang pasai gigi besi/ braces lagi, takkan pakai lagi kot. Hahaha

Dakk pun just rindu nak pakai braces lagi tu je adalah. Now almost mid february thats mean almost a year jugaklah dah tak pakai braces. So of course lah rindu nak pakai braces, rasa kesakitan lepas jumpa doktor, bracket tercabut, pakai rubber bear and almost everything about wearing braces lah. It gives a lot of sweet like candy memories to me lah. Tetibe lah rasa menyesal apa pasai la bukak braces dulu awal sangat. Sebab walaupun sekarang tak payah jumpa doktor lagi and just pakai retainer i more prefer to wear braces instead of retainer sebabnya  kalau pakai braces nak gosok gigi sekali harung dengan braces lahkan tak payah cabut-cabut macam kalau pakai retainer yang kena cabut kalau tak pakai kena simpan dalam case dialah. Tu pun dah rupa apa entah retainer tu and rasa nak pergi klinik buat set baru pun ada. Tapi buat masa sekarang tak kronik lagi kot nak pi tukaq yang baru so biaq pi depa la nak ghupa lagu mana. Hahaha

Oops sorry terbebel celoteh panjang.
Actually purpose nak hapdate pasal braces ni sebab ramai kengkawan tanya pasal gigi besi aka braces. Biasalah mantan braces user lah katakan. Hikhik *sengih nampak gigi jap. So pasa saat ini minit ini jam ini hari ini sebolehnya I cubalah share semampu yang boleh. Bismillah...

1st:
- Haa bagi adik-adik yang bawah umur yang nak pakai sangat braces tu boleh je tapi dapatlah restu mak ayah dulu yer niat kita tu kan. Yela siapalah lagi yang akan jadi banker nak bayar braces tu semua kan yang nak bawak pegi monthly appointment lagi and so on. Or other alternative untuk yang masih sekolah tu boleh je daftar dengan klinik gigi kerajaan yang berdekatan daftar nak buat braces lagi senang sebab boleh dapat harga murah tapi biasalah proses nak dapat tu lama la kot kalau tak makan bulan makan tahun. So mana yang tak sabaq tu boleh la pi klinik private tapi sedia kechingkeching(money) lah.

- Dan bagi kategori yang dah buleh pikiaq sendiri dah atas umur boleh fikir dengan waras tu boleh la jugak kalau nak pi bagi tau mak ayah, boypren/gurlpren, suami/isteri, sape-sape je pun tak kisah. Tak nak bagi tau pun bole sebab bole bagi surprise *sengih tunjuk kilau di gigi hahaha. (rasa tak penting abaikan)

2nd:
- Survey time: Ni lah yang paling penting sebab baru la nampak semangat nak pakai braces kan. Kalau adik-adik boleh la survey klinik kerajaan dulu bawaklah mak ke ayah ke lagi senang. Orang besar pun boleh jugak tapi consume time sikitlah. Other option private clinic. Kalau nak buat braces ni better pergi yang pakar orthodontic sebab dorang lagi mahir daripada kalau pegi klinik gigi biasa. Sebab selalunya kalau yang pakar orthodontic ni dorang boleh bagi macam nasihat dari macam struktur gigi kita, nak kena buang gigi ke tak, pakai jenis braces yang mana. Most of the time dorang ada pelbagai jenis braces dan pelbagai harga lah. And for sure dorang mestilah dorang ada kelengkapan yang lengkap especially mesin xtray. Kalau klinik biasa dia mungkin takde mesin xtray untuk xtray bahagian tengkorak kepala yang kadang-kadang leceh sebab kena pergi dari satu klinik ke klinik yang lain.

- Selalu kalau nak survey boleh je dibuat on your finger tips. Tanya je Mr.Google semua dia tau tapi taip lah yang berkaitan taip yang out of field dari braces lain lah yang keluar nanti. Kalau search keyword braces memang macam-macam link keluar dari web klinik gigi ke blog-blog yang ada tulis pasal braces ni. Termasuklah blog ni *terimakasihthankyousyukranxiexiearigato sebab sudi baca :))

- Other part boleh la walk in sendiri ke klinik-klinik gigi yang sedia ada di merata-rata tempat. Kalau physically walk in ni yang best sebab kita bole je terus tanya dekat counter tanya pasal braces. Dari range harga, jenis braces, doktor laki/perempuan ke semua boleh tanya sebab dari situ kita boleh banding-banding the exact current price dengan others clinic. Haa nak pergi buat consultation dengan doktor sendiri lagi bagus sebab macam-macam soalan yang terbuku dalam dada pasal braces kasi shoot sama itu doktor sebab confirm dia akan jawabla sebab berbayarkan selalunya consultation dengan doktor. Nak lagi best kalau dah kamcing dengan doktor tu boleh lah mintak diskaun sikit kasi wink wink kat doktor tu kalau dapat diskau memang luck lah gitu kalau tak memang dia suruh refer klinik mata kot sebab sakit mata. Hahaha

3rd:
- Dah survey tu semua tu buatlah catatan calculation macam mana nak bayar monthly berapa buat budget siap-siap so nanti takdelah outsource bila tiba nak bayarkan.

- Ada sesetengah payment mungkin doktor dah bagi siap calculation kita kena monthly or each visit kena bayar berapa. Tapi ada jugak doktor bagi la ikut kita nak bayar berapa each month or each visit sebab kadang-kadang doktor pun boleh considerate sikit. Sebab tu kalau dah pegi consult tu tanyalah cara payment biar jelas so nanti tadelah gaduh-gaduh ke dapat notis tak bayar ke kan haa lagi penting jangan lupa mintak resit and kalau boleh tanya sekali lagi berapa lagi nak kena bayar so nanti takde la terlebih bayar. Kalau pasal duit tu kena la perticular sikitkan hewhew.

4th:
- Dah buat consult and confirm nak pakai braces tu silalah bersedialah physical and mental and last but not least moneylah kan. Physical and mental tu kena tahan sakit la diri tu lagi-lagi kalau yang nak kena cabut gigi. Memang sakitlah kan kalau nak cabut gigi memang orang kalau cabut gigi ni mimpi ngeri kan tapi kalau dah doktor advise cabut tu redho je la. Haa kalau boleh buat lah appointment cabut gigi or nak pakai braces tu minggu tu or hari berikutnya takde hal-hal yang penting lah. Sebab yang mana tak tahan sakit tu mungkin boleh demamlah, mulut bengkak, tak boleh nak cakap, takde selera makan and so on. Biasa-biasakan lah sakit tu sebab akan selalu kena hadap each month lagi-lagi kalau kena tukar besi ke pakai getah memang sakitlah. Sampai satu tahap bole mulut tu rasa nak nganga je air liur meleleh bila time tidur. Like the old folks said "Beauty is Pain" so be prepared. 

5th:
- Okay selalu orang cakap kalau pakai braces boleh kurus. Betulkah? For me totally wrong, kalau dah kaki makan tu yang foodporn 24/7 tu boleh je gemuk jugak. Cuma pipi tu boleh nampak kuruslah no double chin (yang ni kes diri sendirilah makan tetap makan tak kurus mana tapi dapat pipi cengkung sikit double chin takde). Tapi memang ada je yang kurus jugaklah mungkin sebab gigi tu sakit sangat sampai tak bole nak kunyah apa-apa boleh makan bubur je ke or yang takut bracket or besi tercabut tu confirm lah dia jaga makan or other case dia memang tak kuat makan or on diet sah sah boleh la kurus so no wonderlah hihihi. 

6th:
- Imporant thing kenalah pandai jaga gigi tu. Sebab selalu kalau pakai braces ni mulut agak bau sikit so pakai lah mouth wash tu or after meal tu beruslah gigi. And beruslah gigi ikut cara doktor or MA dia ajarkan. Pilih berus gigi yang soft and tip toothbrush tu belilah yang halus boleh la masuk celah-celah gigi and toothpaste yang sesuai. Kalau ikut case sendiri suka pakai Colgate Total 12 hours yang gel bukan yang paste tu sebab rasa gigi lagi selesa. Lepastu kalau berus gigi tu dah kembang rajin-rajin la tukar yer. Sebab bila pakai braces nanti memang berus gigi cepat kembang. Kalau still pakai yang kembang tu no point lah sama je macam tak berus gigi je rupanya kan. Hahaha

7th:
- Haa yang ni pun penting jugak. Selalu lah dengar cakap do(s) and don't(s) doktor sebab dorang lagi arif lagi bijaksana lahkan. Kalau ada ape-ape hal terus consult or tanya doktor je. Kalau boleh ikut lah schedule appointment yang doktor/MA dia susunkan. Kalau ada hal dengan braces tu terus inform doktor takut ada side effect apa-apa macam ulser ke bracket or besi tercabut ke gigi patah ke asap jumpa doktor. Kalau case sendiri selalu jumpa doctor sebab bracket selalu tercabut kadang-kadang baru sehari lepas jumpa doktor dah tercabut sebab konon gigi besikan acah makanlah ketam so tercabut terus ada tu makan satay pun bole tercabut jugak so kena lah jumpa lagi. Biarlah doktor tu nyampah dengan muka kita asalkan kita selesa berbayar pun kan pakai braces tu bukan tak bayar kan. Kalau next schedule tu tak dapat follow pilih lah date yang sesuai. Nanti baru nampak progress gigi tu. So rajin-rajinkan diri disiplin kan diri follow apa-apa yang patut.

So tu je lah tips yang boleh dikongsikan buat masa ni kalau ada tambahan nanti bolehla tambah kemudian. Kalau ada sebarang pertanyaan feel free to ask or comment kat bawah kalau ada masa nanti boleh di reply.

Segala yang terkurang tu dari khilaf sendiri yang baik tu dengan izin dan datang Allah.

Sekian, wassalam.

Kbye (: #muahciked 



1 comment: