Thursday, 6 June 2013

Pantai Klebang !

Assalamualaikum,
Ketemu lagi :)

Next entry yang terpantas pernah di-update dalam satu hari. Tahniah buat diri sendiri. (Applause)
Actually sebab dia sambungan yang lepas punya entry tu yang laju. Saja buat 2 part supaya nanti tak la membebel meleret sorang-sorang kan. 

Okay, this time lebih banyak gambar sebab kami semua suka ber'camwhore'. Kecintaan banget. Destinasi kami adalah seperti tertera di post title iaitu "Pantai Klebang, Melaka". Ni lah destinasi yang kiteorang paling have fun sangat sebab time kiteorang pergi ni lepas dari last class kiteorang untuk intersei walaupun hanya pergi bilik madam consult sikit and tengok carry mark tapi yang lebih banyak bergelak tawa dengan madam sambil tolong tampal kertas dekat bilik dia. 

So, kami semua sepakat lepas jumpa madam pergi Pantai Klebang lepaskan lelah selama sebulan belajar intersesi ni berjimba jimbo sambil mengirup udara pantai and menghayati pemandangan pantai di waktu petang and the most important thing makan dekat tepi pantai. Sungguh Daebak. Okay, layan gambar please!

Mee Kari. Mee Rojak. Laksa. ABC. Cendol Pulut. Char Kuey Teow(tiada dalam gambar, tersangat sedap)
Sebabkan gambar makanan, kita kasi X-Large punya size. 

Kami di pasir putih yang ditambak di Pantai Klebang.



















(gelap)

Last Piece! where you at, where you at ~ ~ ~

ByeBye (^^v)

Wednesday, 5 June 2013

1 Months Life !

Assalamualaikum :)

Wahh! Rindunya diari alam maya ku ini. Setelah berbulan lamanya ditinggal.
Duibuqi (maaf) !

Okaylah, disebabkan lebih kurang sebulan lebih ++ tak update. Thats why lah tajuknye pun "1 Months Live"

Sebenarnya nak sangat meng-update ape-ape tapi selalu je ada aral yang melintang menegak mendatar dan sewaktu dengannya. Sepatutnya cuti sem 2 bulan ni boleh la nak meng-update tapi ape la yang kau sibukkan sangat jahh oii. (bunyi makcik-makcik)

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian, saya dengan ini menyatakan yang saya telah berjaya amik Intersesi cuti sem 2 bulan ni. Applause!!

Apakah Intersesi itu? Okaylah, Uitm selalu akan buat Intersesi or bahasa lain dia "short course/sem" and so on. Student boleh amik ape-ape subjek sem seterusnya belajar dalam masa sebulan tapi satu subjek RM200. Selalunya subjek yang ditawarkan  ikut Fakulti masing-masinglah. Macam Fakulti I FSPPP ada tawar beberapa subjek and dengan bangganya Iols amik subjek PAD 380 (Current Affairs of South East Asia) bersama-sama 6 buddies I yang lain. Bayangkan dalam masa sebulan Weols belajar 7 Chapter+1 Quiz+2 Test+1 Major n 2 Minor Presentation/Assignment. Dengar pun lap peluh tak henti-henti punya lah kan. Pheww

Penginapan sama ada nak stay dekat kolej dalam kampus tapi bayar RM100 or duduk luar (sewa rumah luar kampus). Kami semua end up sewa rumah dekat luar sebab beberapa daripada kiteorang memang akan menetap di luar sem akhir nanti. So, jyeah Iols adala jugak experience duduk rumah sewa walaupun sebulan. 

Macam biasa la kalau dah duduk sendiri ni semua nak kena sendiri la kan. Beli barang sendiri (bayar bahagi 7 semuanya) and masak sendiri. Bila barang dekat dapur habis malas nak masak kami pun jalan kaki pergi makan dekat kedai depan. Senang hidup! Padahal duit keluar macam air. Duit adalah dugaan terbesar kami tapi kami semua dapat atasinya dengan jayanya. Eceh, poyos

Yang syoknya lorong rumah kiteorang tu ade la 3-4 buah rumah je yang berpenghuni tapi dengar kiteorang bergelak tawa guling-guling macam penuh je semua rumah dekat lorong tu. Nak buek camno laie dah kalau semuanya sekepala ting tong, bergegar lah rumah tu dibuatnya. Ada masa kiteorang tengok wayang, pergi makan dekat luar sedap-sedap, pergi pantai, ronda-ronda taman naik moto dan macam-macam lagi.

Tapi dalam kemanisan pengalaman kiteorang ni ada jugak pahit masam nya tapi biarlah jadi rahsia, kenangan, pedoman kami 7 buddies ni. Muahaha. Okeyh, dah pueh pot pet pot pet moh la kite layang beberapa ketul gambor yer.

Inilah kami 7 buddies. Pergi mengeteh di D'Bukit pekena cendoi.

Pergi nonton Star Trek midnight yg heronya Handsome. Muahaha
And malam ni jugalah Iols dapat nama baru "Ruby". Curlass gitu. LOLZ

Special Home Made Nasi Ayam on my Birthday.
Thanks a lot. Sayang my Buddies :*

Itu sahaja gambar buat masa ni. Lain gambar next entry pulak. Oopss! Lupa, I'm 20 already on 19 Mei yang lepas. Okay basi. And mungkin juga akan update pasal My 20th Birthday soon. Okay terlebih basi.

Baiklah, sebelum terlebih-lebih cerita basi, sampai di sini saja entry ni. Jumpa next entry Uols. (Lelambai)

KBAI (:


Thursday, 2 May 2013

Acknowledgement !

Assalamualaikum ^^v !

Hyee Uollsss !
Okaylah, macam biasa nak post cerita yang dah basi. Itu lah dia hamba pacal yang hina, yang mampu nak post blog sekali dalam sebulan paling cikai la tu. Lagi taiko tak post blog dalam masa beberapa bulan. Haish, nak buek camno busy study la ceghito nye. Haha

Tahap kebasian dia sampai dah habis sem 4 ni baru nak cerita apa. Kureng punya owner blog ni. Kureng tak kureng. Dah  masa ni je yang hado daripada tak hado. 

Okay, stop talking around the bush. (setepek ayat)

Acknowledgement = Penghargaan

Hello der! Tu semua orang pun tau la. (setepek lagi kena)

Cukup setakat itu. Haa, setelah sekian lama bergelar mahasiswi Diploma Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi dah nak masuk sem akhir dah pun. Booo Shahirah!!! Dah nak habis diploma baru nak highlight dia diploma apa selama ni. (Okay, booo me)

Thats it okay. Haha. Buat julung-julung kalinya, aku dapat memberi penghargaan kepada diri ku sendiri sebagai seorang mahasiswi Diploma Sains Pentanbiran dan Pengajian Polisi aka Public Administration menerima penghargaan Anugerah Dekan. (kembang hidung kejap)

Anugerah Dekan ni dapat bila student punya final exam result dia 3.5 and above. Itu bermakna me get 3.5 and above. (applause) The exactly pointer let it be a secret. What past is past. Padahal cukup-cukup alhamdulillah je pointer tu. 

Di sebabkan ni Anugerah Dekan yang Pertama sepanjang 3 sem sebelum ni, me iz a super duper awesomely happy girl of the day. Jyeah

Enjoy some pictures with Le Friends. :)



Muka happy kan? Hahaha. Kalau ada rezeki sem 4 pun nak dapat lagi. Insha Allah. 

Kerisauan mula melanda diri. Because in a few days result will be a out. Freakingly nervous uolls. The last hope is only Du'a. What result you get is reflect with what you struggle, du'a and tawakkal. The rest leave to Allah. He knews what is the best for you. (pray hard)

The end of post. Lets "SELCA"


KBYE :)




 



 


Thursday, 14 February 2013

Zoo Melaka !

Assalamualaikum,
Long time no see no story,
Miss uolls peeps.

Disebabkan sem baru yang baru bermula ini sungguh lah busy, tiadalah masa yang sesuai nak update. Wuwuwu :'(.

Tapi tak apa, dengan masa yang ada ni marilah kita(diri sendiri) meng-update cerita yang basi-basi.
It's okay, it's alright as long as I update uolls.

Let the pictures speak more than me. Enjoy!

Tadaaa ! (sila abaikan ekspresi muka iols)

BFF !







Bertapa panas nye la waktu ni kan?



 
Chantex kan. Di manakah kami? Haha


Ituuu !


Bertapa redup nye la waktu ni!





 At last, di pintu keluar.

Hamboiii, dah sampai pintu keluar tapi satu gambar haiwan pun tak ada. Kata pergi zoo, lawat saudara mara bagai tapi satu gambar saudara sendiri tak ada. Ish3, tak patut tak patut!

Ha, nak jugak tengok gambar haiwan. Nah, tengok la sendiri ek. Kuikuikui


Iolls mata merah! Kau hado? Tak hado :P

Posing gitu. Tau2 ja orang nak amik gambar dia. Curlasss gitu!

Nampak dlm gambar ni kecik tapi tengok depan mata BESARRR!

Badak Cipan aka Tapir.

Cik Yaya aka Buaya.

Miss G aka Girafah

Miss Wan aka Swan

Itu sahaja yang mampu. Yang lain nak tengok, pergi lah melawat sendiri ke Zoo Melaka. :D

Sesiapa yang dah lama tak pergi zoo tu boleh la jadikan Zoo Melaka antara destinasi anda. Coz selain banyak haiwan banyak juga tempat-tempat menarik bagi sesiapa yang suka ber-camwhore tu kan.

Bayaran masuk RM12.00/orang dewasa. Parking RM5.00/sekali masuk.

Tips:

1) Silalah pakai topi atau membawa payung, sebagai pelindung dari terik mentari/hujan ketika berjalan. 
2) Jangan dilupakan air mineral boleh diminum ketika dahaga. Kalau malas ada kedai makan dalam tu boleh  berhenti makan and of course guna duit lah.
3) Camera/Handphone + full battery. Bagi yang suka nak tangkap gambar.
4) Berhati-hati ketika berjalan menghirup udara segar dalam tu kerana ada yang mengekori anda. Hahaha. Apakah itu? Sebenarnya kera/monyet jer. Banyak berkeliaran, mana-mana mesti jumpa. Sebab tu berguna juga bawak payung sebagai pertahanan kalau ada serangan hendap dari mereka ini. Haha

Okeyh uolls, cukup lah setakat ini. 

Gambar terakhir dari kuh sebagai penutup entry ni. KBYE (: