Thursday, 12 February 2015

Gigi Besi/ Braces #11

Assalamualaikum..
Hoolaa..

Yezza long time no see you my baby. How are you??
Fuh! Fuh! Fuh! kasi tiup habuk sikit. Uhuk uhuk
Hamek habuk tebal 12 inci. Hahaha

Okay, sambil layan lagu Meghan Trainor kat youtube yang meletups meh la kita kasi update sikit blog ni yuk.

Aik!! awat title post hang pasai gigi besi/ braces lagi, takkan pakai lagi kot. Hahaha

Dakk pun just rindu nak pakai braces lagi tu je adalah. Now almost mid february thats mean almost a year jugaklah dah tak pakai braces. So of course lah rindu nak pakai braces, rasa kesakitan lepas jumpa doktor, bracket tercabut, pakai rubber bear and almost everything about wearing braces lah. It gives a lot of sweet like candy memories to me lah. Tetibe lah rasa menyesal apa pasai la bukak braces dulu awal sangat. Sebab walaupun sekarang tak payah jumpa doktor lagi and just pakai retainer i more prefer to wear braces instead of retainer sebabnya  kalau pakai braces nak gosok gigi sekali harung dengan braces lahkan tak payah cabut-cabut macam kalau pakai retainer yang kena cabut kalau tak pakai kena simpan dalam case dialah. Tu pun dah rupa apa entah retainer tu and rasa nak pergi klinik buat set baru pun ada. Tapi buat masa sekarang tak kronik lagi kot nak pi tukaq yang baru so biaq pi depa la nak ghupa lagu mana. Hahaha

Oops sorry terbebel celoteh panjang.
Actually purpose nak hapdate pasal braces ni sebab ramai kengkawan tanya pasal gigi besi aka braces. Biasalah mantan braces user lah katakan. Hikhik *sengih nampak gigi jap. So pasa saat ini minit ini jam ini hari ini sebolehnya I cubalah share semampu yang boleh. Bismillah...

1st:
- Haa bagi adik-adik yang bawah umur yang nak pakai sangat braces tu boleh je tapi dapatlah restu mak ayah dulu yer niat kita tu kan. Yela siapalah lagi yang akan jadi banker nak bayar braces tu semua kan yang nak bawak pegi monthly appointment lagi and so on. Or other alternative untuk yang masih sekolah tu boleh je daftar dengan klinik gigi kerajaan yang berdekatan daftar nak buat braces lagi senang sebab boleh dapat harga murah tapi biasalah proses nak dapat tu lama la kot kalau tak makan bulan makan tahun. So mana yang tak sabaq tu boleh la pi klinik private tapi sedia kechingkeching(money) lah.

- Dan bagi kategori yang dah buleh pikiaq sendiri dah atas umur boleh fikir dengan waras tu boleh la jugak kalau nak pi bagi tau mak ayah, boypren/gurlpren, suami/isteri, sape-sape je pun tak kisah. Tak nak bagi tau pun bole sebab bole bagi surprise *sengih tunjuk kilau di gigi hahaha. (rasa tak penting abaikan)

2nd:
- Survey time: Ni lah yang paling penting sebab baru la nampak semangat nak pakai braces kan. Kalau adik-adik boleh la survey klinik kerajaan dulu bawaklah mak ke ayah ke lagi senang. Orang besar pun boleh jugak tapi consume time sikitlah. Other option private clinic. Kalau nak buat braces ni better pergi yang pakar orthodontic sebab dorang lagi mahir daripada kalau pegi klinik gigi biasa. Sebab selalunya kalau yang pakar orthodontic ni dorang boleh bagi macam nasihat dari macam struktur gigi kita, nak kena buang gigi ke tak, pakai jenis braces yang mana. Most of the time dorang ada pelbagai jenis braces dan pelbagai harga lah. And for sure dorang mestilah dorang ada kelengkapan yang lengkap especially mesin xtray. Kalau klinik biasa dia mungkin takde mesin xtray untuk xtray bahagian tengkorak kepala yang kadang-kadang leceh sebab kena pergi dari satu klinik ke klinik yang lain.

- Selalu kalau nak survey boleh je dibuat on your finger tips. Tanya je Mr.Google semua dia tau tapi taip lah yang berkaitan taip yang out of field dari braces lain lah yang keluar nanti. Kalau search keyword braces memang macam-macam link keluar dari web klinik gigi ke blog-blog yang ada tulis pasal braces ni. Termasuklah blog ni *terimakasihthankyousyukranxiexiearigato sebab sudi baca :))

- Other part boleh la walk in sendiri ke klinik-klinik gigi yang sedia ada di merata-rata tempat. Kalau physically walk in ni yang best sebab kita bole je terus tanya dekat counter tanya pasal braces. Dari range harga, jenis braces, doktor laki/perempuan ke semua boleh tanya sebab dari situ kita boleh banding-banding the exact current price dengan others clinic. Haa nak pergi buat consultation dengan doktor sendiri lagi bagus sebab macam-macam soalan yang terbuku dalam dada pasal braces kasi shoot sama itu doktor sebab confirm dia akan jawabla sebab berbayarkan selalunya consultation dengan doktor. Nak lagi best kalau dah kamcing dengan doktor tu boleh lah mintak diskaun sikit kasi wink wink kat doktor tu kalau dapat diskau memang luck lah gitu kalau tak memang dia suruh refer klinik mata kot sebab sakit mata. Hahaha

3rd:
- Dah survey tu semua tu buatlah catatan calculation macam mana nak bayar monthly berapa buat budget siap-siap so nanti takdelah outsource bila tiba nak bayarkan.

- Ada sesetengah payment mungkin doktor dah bagi siap calculation kita kena monthly or each visit kena bayar berapa. Tapi ada jugak doktor bagi la ikut kita nak bayar berapa each month or each visit sebab kadang-kadang doktor pun boleh considerate sikit. Sebab tu kalau dah pegi consult tu tanyalah cara payment biar jelas so nanti tadelah gaduh-gaduh ke dapat notis tak bayar ke kan haa lagi penting jangan lupa mintak resit and kalau boleh tanya sekali lagi berapa lagi nak kena bayar so nanti takde la terlebih bayar. Kalau pasal duit tu kena la perticular sikitkan hewhew.

4th:
- Dah buat consult and confirm nak pakai braces tu silalah bersedialah physical and mental and last but not least moneylah kan. Physical and mental tu kena tahan sakit la diri tu lagi-lagi kalau yang nak kena cabut gigi. Memang sakitlah kan kalau nak cabut gigi memang orang kalau cabut gigi ni mimpi ngeri kan tapi kalau dah doktor advise cabut tu redho je la. Haa kalau boleh buat lah appointment cabut gigi or nak pakai braces tu minggu tu or hari berikutnya takde hal-hal yang penting lah. Sebab yang mana tak tahan sakit tu mungkin boleh demamlah, mulut bengkak, tak boleh nak cakap, takde selera makan and so on. Biasa-biasakan lah sakit tu sebab akan selalu kena hadap each month lagi-lagi kalau kena tukar besi ke pakai getah memang sakitlah. Sampai satu tahap bole mulut tu rasa nak nganga je air liur meleleh bila time tidur. Like the old folks said "Beauty is Pain" so be prepared. 

5th:
- Okay selalu orang cakap kalau pakai braces boleh kurus. Betulkah? For me totally wrong, kalau dah kaki makan tu yang foodporn 24/7 tu boleh je gemuk jugak. Cuma pipi tu boleh nampak kuruslah no double chin (yang ni kes diri sendirilah makan tetap makan tak kurus mana tapi dapat pipi cengkung sikit double chin takde). Tapi memang ada je yang kurus jugaklah mungkin sebab gigi tu sakit sangat sampai tak bole nak kunyah apa-apa boleh makan bubur je ke or yang takut bracket or besi tercabut tu confirm lah dia jaga makan or other case dia memang tak kuat makan or on diet sah sah boleh la kurus so no wonderlah hihihi. 

6th:
- Imporant thing kenalah pandai jaga gigi tu. Sebab selalu kalau pakai braces ni mulut agak bau sikit so pakai lah mouth wash tu or after meal tu beruslah gigi. And beruslah gigi ikut cara doktor or MA dia ajarkan. Pilih berus gigi yang soft and tip toothbrush tu belilah yang halus boleh la masuk celah-celah gigi and toothpaste yang sesuai. Kalau ikut case sendiri suka pakai Colgate Total 12 hours yang gel bukan yang paste tu sebab rasa gigi lagi selesa. Lepastu kalau berus gigi tu dah kembang rajin-rajin la tukar yer. Sebab bila pakai braces nanti memang berus gigi cepat kembang. Kalau still pakai yang kembang tu no point lah sama je macam tak berus gigi je rupanya kan. Hahaha

7th:
- Haa yang ni pun penting jugak. Selalu lah dengar cakap do(s) and don't(s) doktor sebab dorang lagi arif lagi bijaksana lahkan. Kalau ada ape-ape hal terus consult or tanya doktor je. Kalau boleh ikut lah schedule appointment yang doktor/MA dia susunkan. Kalau ada hal dengan braces tu terus inform doktor takut ada side effect apa-apa macam ulser ke bracket or besi tercabut ke gigi patah ke asap jumpa doktor. Kalau case sendiri selalu jumpa doctor sebab bracket selalu tercabut kadang-kadang baru sehari lepas jumpa doktor dah tercabut sebab konon gigi besikan acah makanlah ketam so tercabut terus ada tu makan satay pun bole tercabut jugak so kena lah jumpa lagi. Biarlah doktor tu nyampah dengan muka kita asalkan kita selesa berbayar pun kan pakai braces tu bukan tak bayar kan. Kalau next schedule tu tak dapat follow pilih lah date yang sesuai. Nanti baru nampak progress gigi tu. So rajin-rajinkan diri disiplin kan diri follow apa-apa yang patut.

So tu je lah tips yang boleh dikongsikan buat masa ni kalau ada tambahan nanti bolehla tambah kemudian. Kalau ada sebarang pertanyaan feel free to ask or comment kat bawah kalau ada masa nanti boleh di reply.

Segala yang terkurang tu dari khilaf sendiri yang baik tu dengan izin dan datang Allah.

Sekian, wassalam.

Kbye (: #muahciked 



Saturday, 16 August 2014

Degree Life #1

Assalamualaikum,
Oyeah! Oyeah! Oyeah!*gedikgediks

Entry pantas berdesup nak aku record malam ni. Hahaha

Sebelum memori awal sem part 3 makin pudar ayuh kita imbau kembali. Jeng! Jeng! Jeng!

People always said "people comes around and goes around". Same likes my first degree life so hard and difficult new thing to face off such as new surrounding, new course, new syllabus, new classmates, new challenge and the most important in my degree life is my new friends which more closer is new housemates and roomate.

Knewing new friends is just like you just being given new piece plain paper without any scratch on it. That is how i look on my new friends. Each of them have their own characters, habits and so on. To be honest i am liking to be a person who look and discover a new person next to me. That is what am i trying to do on my first sem as a part 3 with everything is NEW! 

So this is my NEW peeps around me! Wallah..



Present to you my housemates and classmate and madnessmate! haha
Musliha, Ain, Suhaidah, Rohaiza, Aqillah and me(abaikan).

Ni boleh la gambar satu kelas walaupun ada lagi 5 budak lelaki MIA,
dari pelbgai kampus kami disatukan di Kedah :)










First week and first class dekat Pusat Islam sebab kelas full dengan budak diploma lagi,
Kteorang bagi chance la dekat budak dip bagi habis sebelum depa final kan.


Muka superglowy depan HEA haha





Buat perangai lepas penat buat tour satu kampus, mana nak cari HEA, HEP and daftar NR(paling penat),
dari satu kolej ke kolej lain last kali ceruk hujung nak daftar NR punya pasal,
jalan kaki tau siap souvenir melecet di kaki lah,
*memori semua tu pheww


Antara gegurl the one and only bachelor of admin science masa perjumpaan club wajib BASIC


Bersama saya dalam Gadis Hari Ini ! 


Menemu ramah tetamu kita pada hari ini membincangkan isu-isu semasa


Ouh, nampaknya tetamu kita pada hari ini pemalu orangnya, sampai tidak dapat menahan ketawa,


Ouh, tak live lagi baru rehearsal je. Malu kita tau,


Tapelah masa dah suntuk, sekian dari saya dalam Gadis Hari Ini, Kahkahkah!



Actually le tour de library bersama mereka. apa lagi gambar potret kasi up!


Baiklah sekian untuk episod #1 ni,
nanti kita sambung episod #2 pulak, InshaAllah.
Kbye (:

Ke Kedah Ke Kita !

Assalamualaikum,

Make it short!

Welcome me to Kedah! Selepas berjaya menapak di Lendu, Melaka untuk duatahunstengah untuk diploma next aku pursue pula ke degree life yang telah membawa ku ke Kedah. Specific lagi UiTM Merbok, Kedah dalam Bachelor of Admin. Science yang terus start as Part 3.

So ayuh kita mulakan pengembaraan kita ke Kedah bersama Along's familia, mom and me. (Layan gambar je lah boleh kan?)











Credited to Mak, Abg Khairul n Along,
Makan minum hotel belanja and memories,
Terima Kasih *tearsdrop :')


Acah muka kesedihan ditinggalkan,
Maaf Mak, kali ini Ira terpaksa jauhhh sangat dengan Mak,

Walaupun jauh, sentiasa dekat di hati dan doa ku untukmu.
Okay cukup ayat sentapjujuranayaqmata,
Kita sambung next entry,
Kbye (:

Friday, 15 August 2014

New Header !

Will publish soon !
Cant wait...


My C-Day !

Assalamualaikum,
Hoola.

So hari ini dengan dah lama dok berkepuk blog ni lama kan ayuh kita mulakan spam publish and so whatever blog ini. 

Boleh ke tak boleh ke wifi bagi ke tak bagi ke i dont care dah. 

What is C-Day? Bunyi ala E-Day and so on day bagaikan. Ia adalah hari yang paling happy dalam hidup aku which at last i got my diploma certificate even so not with any selempang pink which ANC but Alhamdulillah i managed ti grad on time.

Yeayyyy! Happy me and especially for my parents and familia. *big applause la

So selalunya kalau ada big day macam ni orang akan beli baju cecantik kan nak pakai kan. Tapi untuk aku sebab most of the time dekat kedah untuk degree(next entry kita ceghita deh) so tak dapat la aku nak beli baju cecantik kasut cecantik tudung cecantik dan beg cecantik untuk big day aku ni. 

So apa kita buat kita mix and match lah dengan apa baju tudung beg dan kasut yang ada. Disebabkan ada kakak ramai so kita mix and match dengan barang depa la kan. Kahkah *itulah kelebihan seorang adik bongsu. Siapa bongsu yang most of the time kongsi tukar baju dengan kakak ni kasi high 5 sikit. Jyeah 

So lets begin with the picturess ! 



Okayh, my kind of C-Day OOTD
Shawl: sponsored by Angah
Baju: sponsored by Angah
Kain: by me (tutu skirt sebenarnya)
Kasut: by me
Location: Rumah Melaka (homestay di masjid tanah)
Date: 12 May 2014







Credit to Angah and Abg Jai sudi berada di hari kejadian 
dan malam sebelumnya belanja makan seafood dekat Parameswara ikan bakar(no pic)
Serta sejambak bunga dan sebeg biskut famous amos,
Terima Kasih !


Muka berseri di pagi hari sebelum masuk dewan
Beg: Sponsored by Jijie


My kind of selfie dalam dewan sebelum start *wink
















Some of my friends through thick and thin from semester 1-5
Love uolls :')



Thats all for the my C-Day scratch for today,
do eager for my next entry!
Kbye (: